Wednesday, February 16, 2011

Info MRT Sg Buloh - Kajang



Berikut adalah informasi berkenaan MRT yang dicadangkan untuk laluan Sg Buloh ke Kajang
  • click sini
  • Bersama ini adalah gambar yang telah dipaparkan kepada umum pada 14.2.2011. Antara Stesen untuk Kota Damansara adalah RRI (dekat Caltex Seksyen 8), Kota Damansara (dekat Pusrawi), Taman Industri Sg Buloh (dekat Shell Sek.7 (dahulu Projet)), PJU 5 (dekat Petronas/Maybank) dan Dataran Sunway (dekat Giza). Apa komen anda?

    Wednesday, February 2, 2011

    Selamat Menyambut Tahun Baru Cina



    Pihak persatuan ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua penduduk yang menyambut perayaan ini. Pastikan rumah dikunci bila pulang ke kampung. Berhati-hati ketika memandu pulang.

    Cadangan sekuriti untuk 24 jam


    Untuk makluman, pihak persatuan telah bersetuju untuk mencadangkan sekuriti sedia ada selama 16 jam untuk dilankjutkan kepada 24 jam. Setelah beberapa sebut harga diterima, anggaran untuk kawalan 24 jam (2 shit 12 jam dengan 2 org setiap shit) adalah sebanyak RM85.00 bagi setiap rumah. Pertambahan RM35.00 daripada yuran bulanan RM50.00 sebelum ini. Di harap penduduk boleh memberi komen di blog mengenai perkara ini. Untuk penerangan lanjut, sila rujuk surat yang telah dihantar atau bertanya kepada AJK persatuan.