Sunday, February 22, 2009

Sonia Sek 8 just started blogging

Salam all and selamat sejahtera,

Great news, we have started our first new blog. This will be our point of communication among us and really hope it will be the most clicked by all Sonia Sek 8 residential. So here it goes..... HAPPY BLOGGING to all Sonias Family :)

jiemusa..... wife of Hiezam

15 comments:

  1. well done... akhirnya ada gak blog utk communicate amongst us.., utk yg ade tgk bog nie... mlm jgn lupa singgah post kawalan kat pdg....hehehe..


    hanaz...

    ReplyDelete
  2. kudos.....hope this blog will be active among us...

    fadzli 23 8/14

    ReplyDelete
  3. salam buat semua.

    Tahniah. Langkah awal yang harus diteruskan.


    Mohamad Rodzali

    ReplyDelete
  4. kalau boleh tak perlu 'word verification' dan komen yang masuk perlu ditapis bagi mengelak komen-komen yang tidak diingini dari sesiapa yang tidak berkenaan.


    Mohamad Rodzali Yacob
    layari: http://pengadilfam.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. Skim Pengawasan Kejiranan

    Pendahuluan
    Tindakan polis yang lebih berkesan untuk mencegah jenayah ialah dengan adanya kerjasama dan penglibatan masyarakat. Polis dan masyarakat hendaklah bekerjasama dalam satu perkongsian (partnership) untuk bersama-sama mewujudkan ketenteraman awam (co-produce public safety) dan satu daripada cara tindakan ini ialah melalui program Skim Pengawasan Kejiranan atau dalam bahasa Inggerisnya "Neighbourhood Watch Scheme". Di negara-negara yang lebih maju di mana program ini telah diadakan, kerjasama masyarakat dengan polis telah dapat ditingkatkan dan jenayah dapat dikurangkan.

    Pengertian
    Pengawasan kejiranan adalah satu rangkaian penduduk setempat yang mempunyai kesedaran untuk mengawasi kejadian yang berlaku di sekitar kawasan kejiranan dan melaporkan aktiviti-aktiviti yang diragukan kepada polis. Dalam erti kata lain, masyarakat adalah mata dan telinga kepada polis untuk memerhatikan perkara-perkara yang biasa dan juga luar biasa, di samping menjaga keselamatan rumah mereka. Dengan demikian, adalah diharapkan kesempatan untuk berlakunya kegiatan jenayah dapat dikurangkan. Dengan adanya program seperti ini, setiap jiran akan berpeluang untuk mengenali jiran mereka dengan lebih dekat lagi dan seterusnya merapatkan hubungan.


    Cara pelaksanaan
    Skim ini mengandungi beberapa Kumpulan Pengawasan Kejiranan (Neighbourhood Watch Groups). Setiap kumpulan terdiri dari 10 hingga 20 jiran. Setiap kumpulan juga mempunyai satu kawasan kejiranan tertentu untuk diberi pengawasan. Pengawasan tidak semestinya bermaksud mengadakan rondaan. Ahli-ahli kumpulan tidak semestinya menjalankan rondaan tetapi mereka hendaklah sentiasa mengawasi kawasan masing-masing, dan sekiranya terdapat perkara yang luar biasa, ianya haruslah dilaporkan kepada polis dengan segera. Mereka juga tidak semestinya membuat tangkapan.


    Penyelaras Kumpulan

    Setiap kumpulan seharusnya mempunyai seorang wakil yang diberi nama Penyerlaras Kumpulan yang bekerja rapat dengan ahli-ahli dan dengan polis. Penyelaras-penyelaras ini dipilih dan dipersetujui oleh setiap ahli dalam kumpulan. Ia juga bertanggungjawab untuk mengadakan mesyuarat di kalangan ahli-ahli kumpulan.


    Penyelaras Kawasan

    Di dalam satu kawasan pula terdapat beberapa kumpulan pengawasan kejiranan. Sesuatu kawasan mungkin mempunyai antara 10 hingga 20 kumpulan. Di peringkat kawasan seorang wakil yang diberi nama Penyelaras kawasan akan dipilih sebagai wakil kawasan.


    Cara menubuhkan Kumpulan Pengawasan Kejiranan

    * Berhubung dengan Ketua Polis Daerah dan Ketua Polis Balai

    Sesiapa juga boleh menubuhkan Kumpulan Pengawasan Kejiranan tetapi terlebih dahulu hendaklah berhubung dengan Ketua Polis Daerah atau Ketua Polis Balai berhampiran untuk mendapatkan nasihat dan panduan.

    * Perhubungan dengan jiran

    Untuk mengukur minat jiran-jiran dalam kawasan, adalah dicadangkan supaya dihubungi jiran-jiran yang berdekatan. Cara yang paling baik sekali ialah dengan melawat ke rumah mereka, mengenalkan diri dan seterusnya berbincang mengenai skim ini. Jika sekiranya terdapat minat yang memadai, satu mesyuarat dengan jiran-jiran bolehlah diadakan.

    * Mengaturkan mesyuarat yang pertama

    Perjumpaan yang pertama haruslah diadakan antara jiran-jiran setempat dengan Ketua Polis Balai. Mesyuarat atau perjumpaan seharusnya diadakan di rumah untuk mewujudkan suasana yang selesa dan tak formal. Janganlah kecewa jika sekiranya tidak semua mereka yang dijemput hadir.

    * Perjumpaan yang pertama

    Di perjumpaan yang pertama ini berilah kata-kata aluan dan penerangan sedikit sebanyak tujuan mesyuarat itu dan selepas itu Ketua Polis Balai atau seorang Pegawai Kanan Polis akan dijemput untuk memberi penerangan lanjut mengenai Skim Pengawasan Kejiranan. Antara lain, Pegawai Polis akan menerangkan pengertian Pengawasan Kejiranan, tanggungjawab dan peranan ahli-ahli kumpulan dan juga keadaan semasa jenayah dalam kawasan tersebut. Jika mesyuarat tersebut bersetuju untuk mewujudkan Kumpulan Pengawasan Kejiranan di kawasan itu, seorang Penyelaras Kumpulan hendaklah dipilih dan dilantik.

    * Nama & nombor telefon jiran

    Di perjumpaan ini juga setiap ahli hendaklah memberi nama penuh dan nombor telefon rumah masing-masing dan senarai ini diedarkan kepada setiap ahli. Satu salinan nama dan nombor telefon akan disimpan oleh pihak polis.

    Pelan kawasan
    Satu pelan kawasan yang menunjukkan kedudukan rumah yang terlibat hendaklah diadakan supaya setiap ahli benar-benar mengenali dan mengetahui kedudukan rumah jiran mereka. Pelan ini hendaklah juga diedarkan kepada setiap ahli dan kepada polis.

    Perkhidmatan-perkhidmatan yang terdapat dalam Skim Pengawasan Kejiranan

    * Membuat tanda pengenalan kepada harta benda (property marking)

    Anda adalah digalakkan menanda setiap harta benda yang berharga dengan tanda nombor kad pengenalan. Sekiranya harta benda ini diberi tanda, harapan untuk mengesan dan mendapatkan balik harta ini akan bertambah baik jika barang-barang tersebut dicuri, selain mencegah penjenayah daripada mencurinya.

    * Ketahanan keselamatan rumah

    Jika sekiranya diminta, pihak polis juga akan melawat rumah tuan untuk menjalankan pemeriksaan dan memberi nasihat dengan tujuan memperbaiki lagi ketahanan keselamatan rumah tuan.

    * Surat berita (Newsletter)

    Dengan kerjasama ahli-ahli, pihak polis akan mengeluarkan surat berita dari masa ke semasa dan mengedarkannya kepada setiap ahli. Surat berita ini akan mengandungi segala aktiviti dan perkhidmatan yang dijalankan oleh kumpulan-kumpulan Pengawasan Kejiranan, berita mengenai ahli dalam kumpulan dan berita mengenai kejadian jenayah yang berlaku dalam sesuatu kawasan dan juga memberi nasihat bagaimana ahli-ahli boleh mencegah jenayah sedemikian. Surat berita ini juga akan memaklumkan tuan-tuan tentang keadaan jenayah semasa dan juga cara-cara penjenayah melakukan jenayah.

    * Papan tanda dan pelekat pengawasan kejiranan

    Jika sekiranya lebih daripada 80% penduduk di satu-satu kawasan itu melibatkan diri dalam skim ini, papan-papan tanda mengenai skim ini akan ditempatkan di kawasan itu, dan beberapa pelekat yang sama juga akan dilekatkan di rumah-rumah berkenaan. Papan tanda dan pelekat ini boleh mencegah penjenayah untuk melakukan jenayah di kawasan itu.



    Contoh Borang Ahli :


    Bagaimana melaporkan jenayah sebagai ahli Kumpulan Pengawasan Kejiranan? - Cara Menghubungi Polis

    Jika anda menyangka satu jenayah sedang berlaku atau melihat atau mendengar sesuatu yang meragukan atau adanya kecemasan, hubungi telefon 999.


    Apabila anda menelefon:-

    * Sebutkan nama, alamat dan nombor telefon anda
    * Tunggu di tempat anda berada
    * Jangan menghampiri orang disyaki
    * Bertenang
    * Teruskan pengawasan

    Jika anda memerlukan nasihat atau bantuan polis dalam perkara bukan kecemasan, silalah berhubung dengan balai polis berhampiran.


    Perkara yang polis ingin tahu apabila anda menghubungi polis ialah :

    Butir-butir orang yang disyaki :-

    * Lelaki/Perempuan
    * Bangsa
    * Tinggi
    * Badan
    * Umur
    * Rambut

    - warna
    - panjang/pendek
    - keriting
    - lebat

    * Muka

    - panjang
    - bulat
    - misai
    - janggut

    * Pakaian
    * Lain-lain tanda

    Butir-butir kenderaan yang disyaki

    * Nombor Pendaftaran
    * warna
    * Jenis/model
    * Lain-lain tanda, seperti kerosakan

    Selain telefon kecemasan, anda juga perlu mengetahui lain-lain nombor telefon penting seperti :-

    * Balai Polis berdekatan
    * Ketua Polis Balai
    * Penyelaras Kumpulan
    * Penyelaras Kawasan
    * Doktor
    * Hospital
    * Bomba

    Kenali mereka untuk membantu Skim Kejiranan Anda :-

    NOMBOR TELEFON PENTING

    KECEMASAN DIAL 999

    Balai Polis __________________

    Ketua Polis Balai _________________

    Penyelaras Kumpulan _____________

    Penyelaras Kawasan ______________

    Doktor _________________________

    Hospital ________________________

    Bomba ________________________

    ReplyDelete
  6. Panduan Pencegahan Jenayah :

    Pecah Rumah

    Pihak polis ingin mengingatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati semasa meninggalkan rumah pada masa yang agak panjang, kerana balik kampung atau menziarahi anak saudara. Sila rujuk panduan am pencegahan pecah rumah ini; maklumkan alamt rumah, alamat kampung dan nombor telefon yang boleh dihubungi sepanjang perayaan kepada jiran dan balai polis terdekat. Nombor telefon ibu pejabat polis daerah dan balai polis serta bilik gerakan yang beroperasi 24 jam boleh diperolehi di sini.



    Bagaimana boleh berlaku

    * Dengan pemutar skru atau objek-objek tajam, mengumpil pintu atau tingkap
    * Menggunakan 'jack' untuk membuka jerjak besi tingkap
    * Memotong mangga (ibu kunci) dengan gergaji besi.
    * Memasuki melalui bumbung rumah/siling yang terbuka.
    * Tingkap yang tidak berkunci/terbuka
    * Menggunakan kunci pendua

    Sebab-sebab Berlaku Pecah Rumah

    * Tidak memberitahu jiran dan polis apabila meninggalkan rumah kosong
    * Tiada muafakat sesama jiran untuk mengawasi kediaman masing-masing
    * Meletakkan barang yang bernilai di sekitar atau dalam rumah yang dapat dilihat dari luar
    * Menunjukkan tanda rumah tidak dihuni seperti langganan akhbar dan roti yang tidak dihentikan.
    * Kedudukan rumah yang terpencil serta struktur rumah yang memudahkan penjenayah memasukinya.
    * Membiarkan pintu atau tingkap terbuka, terdedah tanpa pengawasan atau ditutup tanpa berkunci.
    * Menggunakan kunci, mangga atau rantai yang mudah diumpil, dipotong atau dibuka dengan kunci tiruan.
    * Keadaan rumah seperti bumbung, tingkap, dinding dan sebagainya yang memudahkan penjenayah memasukinya.

    Cara Pencegahan

    * Memaklumkan balai polis terdekat tentang alamat rumah, tarikh dan masa anda tidak berada di rumah. Tinggalkan maklumat secukupnya bagi memudahkan pihak jiran atau polis memaklumkan sebarang kejadian kepada anda.
    * Memasang alat-alat keselamatan tambahan pada pintu utama seperti lubang pandangan,mangga dan selak keselamatan.
    * Sentiasa pasangkan lampu bila keluar rumah.
    * Jangan tinggalkan sebarang nota yang boleh membantu pemecah rumah bertindak.
    * Hubungan yang baik dengan jiran dapat membantu keselamatan rumah bila kita tiada.
    * Pastikan pintu, tingkap dan pintu pagar berkunci sebelum meninggalkan rumah atau tidur.
    * Memelihara anjing boleh membantu mengawal rumah.
    * Pasangkan sistem penggera keselamatan yang baik unutk rumah/bangunan.
    * Kawasan rumah hendaklah sentiasa bersih dan lapang. Semak-samun, rumpun pokok dan belukar boleh menjadi tempat persembunyian pemecah rumah/penjenayah.
    * Sekiranya bercadang untuk bercuti lama, hentikan langganan akhbar atau roti supaya tidak meninggalkan tanda rumah tiada berpenghuni.

    Nasihat apabila berlaku pecah rumah

    * Segera buat laporan di Balai Polis berhampiran.
    * Jangan menyentuh atau mengubah apa-apa jua barang yang didapati berselerak selepas dimasuki pencuri. Ini bertujuan untuk melindungi bukti di tempat kejadian seperti kesan cap jari atau alat-alat yang ditinggalkan penjenayah.

    ReplyDelete
  7. Senarai Panduan Pencegahan Jenayah :

    Curi Kenderaan

    Tempat di mana kecurian kerap berlaku

    * Tempat letak kereta awam
    * Kompleks membeli-belah
    * Di hadapan rumah, tepi jalan raya
    * Tempat letak kereta di hotel-hotel

    Faktor berlaku kecurian

    * Tidak dikunci
    * Tiada kunci tambahan
    * Meletakkan di tempat yang terpencil atau gelap pada waktu malam
    * Meninggalkan barang berharga di motosikal

    Bagaimana mencegah kecurian kereta

    * Pastikan kereta dipasang dengan alat penggera keselamatan yang baik
    * Memasang kunci tambahan untuk stering, gear, roda dan kelac. Pastikan juga kereta sentiasa dikunci
    * Sentiasa meletak kereta di tempat yang mudah dilihat dan pada waktu malam letak di tempat yang terang berlampu
    * Pastikan anda berhati-hati supaya kunci kereta tidak ditiru semasa menghantar kenderaan anda untuk diservis
    * Jangan serahkan kunci kepada 'Jockey' kereta
    * Adalah lebih baik untuk menukar nombor pendaftaran di cermin kereta ('sandblasting')
    * Bersiap sedia dengan kunci kereta apabila menuju ke kereta.
    * Elakkan meletak kenderaan bersebelahan dengan kenderaan yang lebih besar seperti lori atau bas kerana ini memudahkan pencuri mencuri.(terlindung dari pandangan orang)

    Bagaimana mencegah kecurian motosikal

    * Letak motosikal ditempat yang dikhaskan.
    * Pastikan anda mengunci motosikal ketika meninggalkannya.
    * Letakkan di tempat yang mudah dilihat dan pada waktu malam letak di tempat yang terang/berlampu.
    * Rantai dan kunci tambahan adalah penting untuk mengelakkan motosikal dari dicuri.
    * Pasangkan alat penggera kecurian motosikal dan ukirkan nombor pendaftaran motosikal pada bahagian-bahagian yang jelas dilihat.

    ReplyDelete
  8. Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)
    Alamat : IPD Petaling Jaya
    Ibupejabat Polis Daerah
    Polis Diraja Malaysia
    Petaling Jaya
    Jalan Pencala
    46050 Selangor
    Telefon : 03-79662222
    Faks : 03-79548740

    Alamat : BP Kota Damansara
    Polis Diraja Malaysia
    Telefon : 03-6140453

    ReplyDelete
  9. Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)
    Alamat : IPD Petaling Jaya
    Ibupejabat Polis Daerah
    Polis Diraja Malaysia
    Petaling Jaya
    Jalan Pencala
    46050 Selangor
    Telefon : 03-79662222
    Faks : 03-79548740

    Alamat : BP Kota Damansara
    Polis Diraja Malaysia
    Telefon : 03-61404538

    ReplyDelete
  10. Good job! Well done. Hopefully that our blog would be the most informative and beneficial to Sonia community.

    Zainudin Ismail (ZI)

    ReplyDelete
  11. Great start. Hopefully the blog could bridge the communication gap among Sonia 8 dwellers. Everybody should bookmark this page. Parhan & Kishwar, 24 Jalan Pekaka 8/9A.

    ReplyDelete
  12. hallo... apasal sepi je blog nie? apa cite baru kasi tau la skit.. pasal HIV boleh caya ke pasal cite HIV nie... kalau betoi susah la nak makan kat luar.. anybody have any update pasal submission ke ROC utk persatuan kite... last hari selasa lepas aku dah pas kat hj azahari sebelum gi jalan, cuma ada satu surat (2 copies) kena zi sign, belum sempat nak check dgn die dah masuk ke belum... anybody ada futher detail pasal sekolah menengah yang die org tgh buat tu tak... hopefully blok sekolah kat sebelah flat area.. tak la bising sgt area kite dgn tak la jam bile time masuk dan balik sekolah... kalau ada kesempatan aku check dgn MBPJ sbb kena gi sana tengok planning die baru leh tau....

    ReplyDelete
  13. by the way... sapa tau cam na nak remove follower tu.. aku dah termasuk 2 kali... tlg kasi tau skt...

    ReplyDelete
  14. projek pembinaan sekolah hari tu, saya dah buat aduan kat balai kota damansara dgn mbpj. Masa saya ada kat rumah, mungkin 8 atau 9 April, saya rasa ada gegaran dan saya call mbpj. Ada pegawai mbpj yang dtg, lepas tu arahkan pemberhentian sementara sahaja

    ReplyDelete
  15. just a reminder, pls check out this link http://kd.communityforest.net/ Ada aktiviti kat seksyen 10 punye hutan,
    lanjutan drpd meeting semalam, kalau ade kekawan yg ade bole dptkan quotation utk buat pagar utk backlane tlg inform.
    kalau ade apa2 pasal kawasan kite bole call hotline MBPJ at 03-79563544 samb. 115/117 atau e-mail at aduan@mbpj.gov.my
    balai polis terdekat kat dataran sunway phone no. 03-61421222, please keep this handy info..

    ReplyDelete