Friday, August 6, 2010
Status Kawalan Keselamatan
Untuk Makluman semua penduduk, pihak sekuriti; Sri Lara Joint Security Services Sdn. Bhd.(Homeguards) telah mengemukakan surat berkenaan perkhidmatan mereka. Bersama-sama ini adlah surat berkenaan. Pihak persatuan telah berbincang dengan Homeguards dan mereka bersetuju untuk melanjutkan perkhidmatan seperti sedia ada hanya sehingga 31 Ogos 2010. Penjelasan lanjut akan pihak persatuan edarkan kepada semua penduduk. Di harap semua pihak dapat memberi kerjasama untuk meneruskan perkhidmatan sekuriti ini memandangkan kes-kes kecurian kian meruncing.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Bila kita nak dapatkan round the clock jaga like this one..? Berapa banyak nak kena bayar untuk 24 hour security service? Saya nak cadangkan persatuan kita edarkan surat untuk meningkatkan lagi kawalan sekuriti di kawasan ini. Seperti menggalakkan orang ramai menyertai perkhidmatan Homeguards. Sebab faedah dari perkhidmatan ini akan dirasai oleh semua di kawasan ini. Walaupun takdir di tangan Tuhan, bekerjasama untuk meningkatkan keselamatan diri dan jiran adalah kewajipan semua. Semua agama mengajar supaya bekerjasama dan menjaga keselamatan keluarga dan tempat tinggal. Duit dapat dicari, kesejahteraan mental dan keselamatan fizikal keluarga lebih penting. Orang yg angkat batu kecil di tengah2 jalan dan membuangkannya ke tepi jalan supaya orang tak cedera memijakkannya pun dikira sebagai amalan baik. Apa lagi kalau kita sumbangkan duit sedikit untuk menggajikan seorang jaga yang tolong menjaga keselamatan harta dan keluarga kita siang dan malam. Kalau kita tak ada perkhidmatan ini, mungkin kita kena mulakan RT (Rukun Tetangga) untuk jaga kawasan ini siang dan malam. Mungkin kalau kita edarkan surat (dalam pelbagai bahasa)yang menyatakan penduduk boleh menyumbangkan samada tenaga meronda kawasan in ataupun bayaran RM50 tu (ataupun kedua2nya sekali)..kita akan dpt mendapat sambutan yg lebih baik. Sebab saya rasa, kalau tak mampu secara wang, sekurang2nye mampu secara tenaga. Semua penduduk tak kira bangsa dan agama mesti sayangkan keluarga dan harta masing2, yang jika dinilai,berharga jauh lebih banyak drp RM50 sahaja.
ReplyDeleteSesal dulu pendapatan, sesal kemudian tak ada gunanya.
T.kasih.
Warga Seksyen 8.
100% setuju dengan Nur Sulaiman. If needed, I volunteer to tranlate in Mandarin. A small suggestion to the letter received this morning, It will be good if the contact number of Protem is attached. This will help our new neighbour to contact the Protem I guess.
ReplyDeleteThank you.
Selamat Puasa to all Islam friends & neighbours.
MeiFoong
No5, Jalan Pekaka 8/11
FYI, protem contact number can be found in september 2009 post...
ReplyDeleteDear MeiFoong and friends,
ReplyDeleteThanks for ur comment. At least someone else shares this view. Appreciate that you can help with translation.
Am still new at this sonia blogspot thing.. not sure how it works..perhaps if we can work together with our leaders here.. the least we can do is send out some letters in all languages to appeal for more support. RM50 is not too much to ask, less than RM2 a day only from a whole household..
Also, I would like to share some advice from policemen, and that is if anyone sees suspicious characters, we should call the police to alert them of this, and they should check these people out. We need not take the wait and see attitude.
Another thing is, I'd like to remind everyone to please drive very slowly near the playground, especially when coming out of the sliproad in between Pekaka 8/11 and 8/10.. the way the children play around that area worries me.. am wondering if we need some speed bumps at the sliproad.
I highly commend the efforts of our good neighbor who has placed sand in the huge mosquito-breeding puddles at the playground, the mosquitoes there are vey much reduced. God bless you!
Lastly, Selamat Hari Raya, Happy Holidays and see u at the Raya party.
Nur Suffia Sulaiman,
(Public Health Researcher)
11 Jln Pekaka 8/11.