Thursday, December 1, 2011

MBPJ - Aduan Lampu Taman

Para penduduk Sonia yang perihatin, aduan kepada pihak MBPJ telah diajukan beberapa kali. Walau bagaimanapun, tiada tindakan yang telah diambil. Di harap lebih ramai lagi penduduk membuat aduan kepada MBPJ secara bertulis, online, telefon dll untuk memaklumkan perkara yang serius ini. Beramai-ramai kita mambuat aduan. Terima kasih di atas keperihatinan semua.

Tuesday, October 25, 2011

Kejadian Pecah Rumah

Perhatian kepada semua penduduk. Satu kejadian pecah rumah telah berlaku di kawasan kejiranan kita. (Jalan Pekaka 8/10) pada 24/10/2011. Diantara jam 1100 - 1500. Harap semua penduduk berwaspada. Hubungi Polis dengan segera sekiranya ternampak sesiapa yang mencurigakan. Pastikan rumah dikunci dengan rapat sebelum keluar rumah.Harap maklum.

Tuesday, October 11, 2011

Facebook Akaun/ Account

Salam Sejahtera. Untuk makluman semua satu akaun facebook telah dibuka untuk memudahkan penyaluran informasi berkenaan aktiviti persatuan, aduan , pertanyaan dan sebagainya. Adalah diharapkan dengan adanya akaun FB ini dapat kita dapat mengenali jiran jiran tetangga kita dan menambah eratkan silaturrahim diantara penduduk . Terima kasih.

English Version:
Good Day. Please be advised that the Association has setup a Facebook account. This is to facilitate communications between residents and the association. It is also the hope of the association with the Facebook Account we can know our neighbours better. Thank You.

Thursday, October 6, 2011

Keahlian Persatuan


Pihak persatuan ingin memaklumkan kepada penduduk yang belum menjadi ahli persatuan untuk berdaftar dengan mana-mana AJK. Borang boleh didapati daripada AJK. Juga diingatkan supaya mendapatkan pelekat kereta yang baru. Setiap rumah akan memperolehi 2 nos. pelekat kereta secara percuma. Sila pastikan resit rasmi diberi setelah sebarang pembayaran dibuat. Untuk penerangan lanjut mengenai perkara ini sila hubungi mana-mana AJK persatuan.

Monday, October 3, 2011

Senarai AJK Sessi 2011/2012

Senarai AJK Persatuan Penduduk Perumahan Sonia, Seksyen 8, Kota Damansara
Lanjutan daripada Mesyuarat Agong Tahunan yang telah diadakan pada 2 Oktober 2011 lalu, di bawah adalan senarai nama-nama AJK:
Yang DiPertua
En. Mohamad Ikhsan Selamat___No. 1, Jln Pekaka 8/13A (019-9565077)
Naib Yang DiPertua
En. Azan Ali_______________No. 14, Jln Pekaka 8/9A (019-3285156)
Setiausaha
En.
Azizi Samsuri___________No. 25, Jln Pekaka 8/13A (019-3812422)
Penolong Setiausaha
En. Zulkifli Mohamed_________No. 26, Jln Pekaka 8/11 (019-2197003)
Bendahari
En. Muhammad Ariff Abu Bakar_No. 15, Jln Pekaka 8/113A (019-3562364)
AJK
En. Mohd Fadzli Abdul Rahman___No. 23, Jln Pekaka 8/14 (012-2831334)
En. Ery Zuwardi Anuar _________No. 17, Jln Pekaka 8/13A (013-3351985)
En. Kamal Badri _____________No. 11, Jln Pekaka 8/13A (012-3078709)
En. Adnan Hussein____________No. 12, Jln Pekaka 8/11 (013-3636160)
Dr. Mashita_________________No. 16, Jln Pekaka 8/9A (019-3144177)
Dr. Nur Suffia Sulaiman_________No. 11, Jln Pekaka 8/11 (012-3353234)
Pemeriksa Kira-kira
En. Hanaz Ismadi Mohd Nazri____No. 4, Jln Pekaka 8/9A (012-2353384)
En. Ahmad Zamzuri Samad______No. 43, Jln Pekaka 8/14 (012-3727972)

Tuesday, September 27, 2011

10 Perkara yang tak patut dibuat

Sekadar berkongsi....drpd rakan sejiran...

Ten things that you're probably doing that make your home a target, and what you should do instead:

1. Leaving your garage door open or unlocked. Once inside the garage, a burglar can use any tools you haven't locked away to break into your home, out of sight of the neighbors. Interior doors between the garage and your home often aren't as strong as exterior doors and may not have deadbolt locks.

Instead: Always close and lock the garage door. Consider getting a garage-door opener with random codes that automatically reset.

2. Hiding spare keys. Burglars know about fake rocks and leprechaun statues and will check under doormats, in mailboxes, and over doorways.

Instead: Give a spare set to a neighbor or family member.

3. Storing ladders outdoors or in unlocked sheds. Burglars can use them to reach the roof and unprotected upper floor windows.

Instead: Keep ladders under lock and key.

4. Relying on silent alarm systems. Everyone hates noisy alarms, especially burglars. Smart thieves know that it can take as long as 10 to 20 minutes for the alarm company or cops to show up after an alarm has been tripped.

Instead: Have both silent and audible alarms.

5. Letting landscaping get overgrown. Tall hedges and shrubs near the house create hiding spots for burglars who may even use overhanging branches to climb onto your roof.

Instead: Trim any bushes and trees around your home.

6. Keeping your house in the dark. Like overgrown landscaping, poor exterior lighting creates shadows in which burglars can work unobserved.

Instead: Replace burned out bulbs promptly, add lighting where needed, and consider putting fixtures on motion sensors or light sensors so that they go on automatically.

7. Not securing sliding doors. These often make tempting targets.

Instead: When you're out, put a dowel down in the channel, so that the door can't be opened wide enough for a person to get through.

8. Relying on your dog to scare away burglars. While barking my deter amateurs, serious burglars know that dogs may back away from someone wielding a weapon, or get chummy if offered a treat laced with a tranquilizer.

Instead: Make your home look occupied by using timers to turn lights, radios, and TVs on and off in random patterns.

9. Leaving "goody" boxes by the curb. Nothing screams "I just got a brand new flat-screen, stereo, or other big-ticket item" better than boxes by the curb with your garbage cans.

Instead: Break down big boxes into small pieces and bundle them together so that you can't tell what was inside.

Saturday, September 24, 2011

Jamuan Hari Raya & AGM 2011


Seperti yang dimaklumkan melalui surat sebelum ini, pihak persatuan akan mengadakan jamuan hari raya 2011 dan AGM seperti berikut:

Hari: Ahad (2/10/11)
Tempat : Padang Taman Permainan
Waktu: 3:00 ptg hingga 6:00 ptg

Semua warga Sonia dijemput hadir, jangan lupa bawa buah tangan, 'main course' akan disediakan oleh pihak persatuan.... DATANG JANGAN TAK DATANG!!!

Wednesday, September 21, 2011

Bayaran Bulanan Sekuriti

Seperti yang telah dimaklumkan melalui surat yang telah diedarkan sebelum ini, yuran bulanan boleh diserahkan kepada mana2 AJK pada/sebelum 25hb untuk bulan berkenaan dan selepas tarikh tersebut pihak sekuriti akan membuat kutipan dengan upah kutipan yang telah dimaklumkan.

Di harap semua penduduk dapat memberi kerjasama berkenaan perkara ini. Sila pastikan anda mendapat resit untuk setiap pembayaran. Ingin dimaklumkan juga pelekat kereta yang baru akan diedarkan kepada setiap penduduk. (2 nos. percuma) Sebarang pelekat tambahan RM5 akan dikenakan.

Tuesday, September 13, 2011

Mesyuarat AJK Persatuan

Ingin dimaklumkan mesyuarat akan diadakan pada hari Rabu, 14.9.11 jam 9 malam di rumah tuan pengerusi. Di harap semua AJK sedia maklum. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut:
i. Jamuan Hari Raya;
ii. AGM;
iii. Kawalan Sekuriti; dan
iv. Lain2

Tuesday, August 23, 2011

Selamat Hari Raya Puasa 2011


Pihak AJK ingin mengucapkan Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin kepada semua penduduk....

Seperti biasa berhati-hati di jalan raya ketika pulang bercuti....

pastikan rumah dikunci ikut langkah2 keselamatan yg dinyatakan dalam post sebelum ini.......

Monday, August 22, 2011

Info Tawaran Diskaun Tol & Jadual Pulang Di Hari Raya 2011

Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri dan bulan kemerdekaan 2011 ini. 24 Lebuh Raya akan memberikan diskaun atau rebat tol kepada pengguna-pengguna Lebuh Raya seluruh negara pada 30 dan 31 Ogos ini.

Selain dari itu, sebahagian jajaran Lebuh Raya Pantai Timur Fasa Dua akan dibuka untuk mengelakkan kesesakan di Pantai Timur.

Tiga laluan yang akan dibuka iaitu bermula dari
* Persimpangan Bertingkat Bukit Besi ke Persimpangan Bertingkat Bukit Ajil sepanjang 42.4 KM.
* Laluan Bukit Payung Spur Road sepanjang 16.3 KM
* Persimpangan Bertingkat Telemong ke Persimpangan Bertingkat Kuala Terengganu sepanjang 9.2 KM.

PERCUMA
Lebuh Raya Latar (Percuma tanpa tol sehingga 31 Ogos 2011)
Lebuh Raya LDP (Percuma : Hari Kemerdekaan bermula 12 tgh mlm - 11.59 tgh hari )

DISKAUN (5% – 37.5%)
Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), Lebuh Raya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE), Lebuh Raya Seremban-Port Dickson (SPDH), Lebuh Raya Laluan Kedua Malaysia-Singapura(Linkedua), Lebuh Raya Kulim-Butterworth (KLBK), Lebuh Raya Damansara Puchong (LDP), Lebuh Raya Sistem Penyuaraian, Trafik KL-Barat (SPRINT), Lebuh Raya KL-Karak (KLK), Lebuh Raya Pantai Timur, Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuh Raya Koridor Guthrie (GUTHRIE), Lebuh Raya Kemuning Shah Alam (LKSA), Lebuh Raya Sungai Besi (BESRAYA), Lebuh Raya Baru Pantai (NPE), Lebuh Raya Kajang-Seremban (LEKAS), Lebuh Raya Shah Alam (KESAS), Lebuh Raya Duta Ulu Kelang (DUKE), Lebuh Raya Cheras Kajang (Grand Saga), Lebuh Raya Smart, Lebuh Raya Pintas Selat Klang Utara Baru (NNKSB), Lebuh Raya KL-Putrajaya (KLP), Lebuh Raya Lingkaran Kajang (SILK) dan Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE)

AMARAN
Kenderaan berat dilarang sama sekali menggunakan laluan lebuh raya di seluruh negara pada :- 27 dan 28 Ogos
- 3 dan 4 Sept ini*lori balak, lori pengangkut bahan binaan seperti simen, besi, keluli, batu pasir dan tanah serta lori pembancuh simen dan jentera berat termasuk kren.

Tips-tips Sebelum Pulang Bercuti



Berikut adalah antara tips-tips untuk mencegah kes pecah rumah berlaku:

BAGAIMANA JENAYAH PECAH RUMAH DILAKUKAN?

1.Mengumpil mangga pintu/grill dengan pemutar skru atau objek tajam.
2.Mengeluarkan cermin tingkap dengan ‘jack’ atau besi.
3.Memotong mangga pintu dengan alat pemotong/gergaji besi.
4.Mengalih genting bumbung/memecahkan siling rumah.
5.Memasuki melalui pintu/tingkap yang terbuka/tidak berkunci atau memancing/mengait melalui tingkap terbuka atau terdedah.
6.Menggunakan kunci pendua/master key.
7. Menggunakan tong gas untuk me mecahkan pintu grill/pintu-pintu/tingkap.

LANGKAH PENCEGAHAN:

1. Memasang alat keselamatan pada pintu utama seperti lubang intai, rantai pintu serta menggunakan mangga tambahan dan selak keselamatan.
2. Sentiasa memasang/nyalakan lampu bila anda keluar dari rumah untuk memberi gambaran ada orang di dalam rumah anda.
3. Jangan tinggalkan sebarang nota yang boleh membantu pemecah rumah bertindak.
4. Minta bantuan dari jiran-jiran untuk mengawasi rumah anda semasa ketiadaan anda di rumah.
5. Pastikan pintu, tingkap dan pintu pagar berkunci sebelum meninggalkan rumah atau tidur.
6. Pasangkan sistem penggera keselamatan yang baik untuk rumah/premis perniagaan.
7. Jangan sembunyikan kunci di bawah alas kaki, di dalam pasu bunga atau di atas kotak meter electrik di luar rumah anda.
8. Simpan wang tunai di bank dan barang kemas anda di dalam peti simpanan keselamatan di bank.
9. Gantikan semua kunci apabila kunci rumah anda hilang atau dicuri.
10. Laporkan ke Balai Polis berdekatan atau pengawal keselamatan bertugas sebelum pergi bercuti atau meninggalkan rumah untuk tempoh lebih dari satu hari.

Kalau ada tips-tips lain sila komen. Bersama-sama ini juga disertakan langkah2 keselamatan semasa musim perayaan yang telah dikeluarkan oleh pihak polis.

Wednesday, August 10, 2011

Penubuhan Semula Kawalan Keselamatan


Ingin dimaklumkan pihak Persatuan sedang dalam usaha menubuhkan semula kawalan keselamatan memandangkan cuti umum yang semakin hampir. Pihak persatuan akan mengadakan rondaan untuk pernyertaan pada hujung minggu 13 & 14 Ogos ini. Di harap penduduk semua dapat memberi kerjasama. Surat berkenaan perkara tersebut telah diedarkan kepada semua rumah.

Monday, August 1, 2011

Selamat Menyambut Ramadhan Dan Berpuasa


Sekali lagi pihak persatuan ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan 1432 yang mulia kepada semua warga Sonia yang beragama islam. Semoga Ramadhan ini lebih bermakna. Mari sertai program mengimarahkan Ad-dhuha surau kita.

Friday, July 15, 2011

LATAR Expresway


Siapa dah try highway ni? Banner dia ada banyak digantung di Persiaran Mahogani. Highway dari Templer park ke Ijok untuk ke Kuala Selangor sepanjang 33km. Highway ini akan kemudiannya disambung kepada highway pantai barat di masa hadapan. Antara tarikan di Kuala Selangor: Bukit Malawati, kelip2 Kg Kuantan, pasar Pasir Penambang dan lain2.

Sunday, June 26, 2011

Berkerjasama Menjaga Kawasan Perumaha Kita


Sejak kebelakangan ini banyak kejadian yang tidak diingini berlaku, termasuklah meja bulat tersangkut di pokok dan tong drum di Jalan Pekaka 8/9 di curi. Siapa punya kerja la ni. Para penduduk, menjadi tanggungjawab kita untuk menjaga kawasan perumahan kita. Oleh yang demikian, sila beri kerjasama. Jiran Sepakat Membawa Berkat. Jikalau ternampak perkara-perkara yang mencurigai sila telefon pihak polis untuk pertolongan.

Wednesday, May 18, 2011

Kerja-kerja Depot MRT


Kerja-kerja depot untuk MRT dari Sg Buloh ke Kajang telah dimulakan di kawasan RRI berhampiran dengan seksyen 8. Sekiranya anda melaui jalan Sg Buloh, pasti anda dapat melihat jalan ke pembangunan tersebut.

Thursday, April 21, 2011

Program Face 2 Face


Program ini akan diadakan oleh pihak PDRM pada waktu berikut:
Tarikh : 23.4.2011, Sabtu
Masa : 10.00 pg hingga 2.00 ptg
Tempat : Dewan Komuniti Sek. 7, Kota Damansara
Para penduduk digalakkan hadir untuk mengajukan sebarang pertanyaan. Datang jangan tak datang.

Tuesday, March 1, 2011

Maklumat Tambahan MRT



Feeder Bus dan ciri-ciri stesen yang dipamerkan. Buat masa ini road show sedang diadakan untuk maklumbalas daripada rakyat.

Stesen-stesen MRT di Kota Damansara






Di sini adalah antara maklumat tambahan untuk cadangan stesen MRT yang telah dipamerkan. Dari atas; Stesen Dataran Sunway, RRI, PJU 5, Kota Damansara dan Taman Industri Sg Buloh.

Wednesday, February 16, 2011

Info MRT Sg Buloh - Kajang



Berikut adalah informasi berkenaan MRT yang dicadangkan untuk laluan Sg Buloh ke Kajang
  • click sini
  • Bersama ini adalah gambar yang telah dipaparkan kepada umum pada 14.2.2011. Antara Stesen untuk Kota Damansara adalah RRI (dekat Caltex Seksyen 8), Kota Damansara (dekat Pusrawi), Taman Industri Sg Buloh (dekat Shell Sek.7 (dahulu Projet)), PJU 5 (dekat Petronas/Maybank) dan Dataran Sunway (dekat Giza). Apa komen anda?

    Wednesday, February 2, 2011

    Selamat Menyambut Tahun Baru Cina



    Pihak persatuan ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua penduduk yang menyambut perayaan ini. Pastikan rumah dikunci bila pulang ke kampung. Berhati-hati ketika memandu pulang.

    Cadangan sekuriti untuk 24 jam


    Untuk makluman, pihak persatuan telah bersetuju untuk mencadangkan sekuriti sedia ada selama 16 jam untuk dilankjutkan kepada 24 jam. Setelah beberapa sebut harga diterima, anggaran untuk kawalan 24 jam (2 shit 12 jam dengan 2 org setiap shit) adalah sebanyak RM85.00 bagi setiap rumah. Pertambahan RM35.00 daripada yuran bulanan RM50.00 sebelum ini. Di harap penduduk boleh memberi komen di blog mengenai perkara ini. Untuk penerangan lanjut, sila rujuk surat yang telah dihantar atau bertanya kepada AJK persatuan.

    Saturday, January 15, 2011

    Lagi Kes Hari Jumaat

    Jumaat menjelang...kes terbaru rumah no. 13, jln 8/14 telah dipecah masuk. Fuse elektrik, wayar alarm dan CCTV telah dipotong, tingkap telah dikopak dan wang rm5k telah diambil. Minta semua penduduk lebih peka & berhati hati pada hari Jumaat.

    Monday, January 10, 2011

    Lagi kes samun

    Kejadian terbaru kes samun pada 7.1.11di Jln Pekaka 8/1C.Masa : 2pm semasa/selepas solat Jumaat. 2 lelaki melayu menaiki motosikal. Dipercayai gang yang sama masuk rumah abg Hazizan.Berjaya meragut rantai emas semasa mangsa sedang membuka pintu pagar.Minta semua penduduk lebih peka & berhati hati pada hari Jumaat.