Monday, August 22, 2011

Tips-tips Sebelum Pulang Bercuti



Berikut adalah antara tips-tips untuk mencegah kes pecah rumah berlaku:

BAGAIMANA JENAYAH PECAH RUMAH DILAKUKAN?

1.Mengumpil mangga pintu/grill dengan pemutar skru atau objek tajam.
2.Mengeluarkan cermin tingkap dengan ‘jack’ atau besi.
3.Memotong mangga pintu dengan alat pemotong/gergaji besi.
4.Mengalih genting bumbung/memecahkan siling rumah.
5.Memasuki melalui pintu/tingkap yang terbuka/tidak berkunci atau memancing/mengait melalui tingkap terbuka atau terdedah.
6.Menggunakan kunci pendua/master key.
7. Menggunakan tong gas untuk me mecahkan pintu grill/pintu-pintu/tingkap.

LANGKAH PENCEGAHAN:

1. Memasang alat keselamatan pada pintu utama seperti lubang intai, rantai pintu serta menggunakan mangga tambahan dan selak keselamatan.
2. Sentiasa memasang/nyalakan lampu bila anda keluar dari rumah untuk memberi gambaran ada orang di dalam rumah anda.
3. Jangan tinggalkan sebarang nota yang boleh membantu pemecah rumah bertindak.
4. Minta bantuan dari jiran-jiran untuk mengawasi rumah anda semasa ketiadaan anda di rumah.
5. Pastikan pintu, tingkap dan pintu pagar berkunci sebelum meninggalkan rumah atau tidur.
6. Pasangkan sistem penggera keselamatan yang baik untuk rumah/premis perniagaan.
7. Jangan sembunyikan kunci di bawah alas kaki, di dalam pasu bunga atau di atas kotak meter electrik di luar rumah anda.
8. Simpan wang tunai di bank dan barang kemas anda di dalam peti simpanan keselamatan di bank.
9. Gantikan semua kunci apabila kunci rumah anda hilang atau dicuri.
10. Laporkan ke Balai Polis berdekatan atau pengawal keselamatan bertugas sebelum pergi bercuti atau meninggalkan rumah untuk tempoh lebih dari satu hari.

Kalau ada tips-tips lain sila komen. Bersama-sama ini juga disertakan langkah2 keselamatan semasa musim perayaan yang telah dikeluarkan oleh pihak polis.

No comments:

Post a Comment