Tuesday, August 23, 2011
Selamat Hari Raya Puasa 2011
Pihak AJK ingin mengucapkan Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin kepada semua penduduk....
Seperti biasa berhati-hati di jalan raya ketika pulang bercuti....
pastikan rumah dikunci ikut langkah2 keselamatan yg dinyatakan dalam post sebelum ini.......
Monday, August 22, 2011
Info Tawaran Diskaun Tol & Jadual Pulang Di Hari Raya 2011
Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri dan bulan kemerdekaan 2011 ini. 24 Lebuh Raya akan memberikan diskaun atau rebat tol kepada pengguna-pengguna Lebuh Raya seluruh negara pada 30 dan 31 Ogos ini.
Selain dari itu, sebahagian jajaran Lebuh Raya Pantai Timur Fasa Dua akan dibuka untuk mengelakkan kesesakan di Pantai Timur.
Tiga laluan yang akan dibuka iaitu bermula dari
* Persimpangan Bertingkat Bukit Besi ke Persimpangan Bertingkat Bukit Ajil sepanjang 42.4 KM.
* Laluan Bukit Payung Spur Road sepanjang 16.3 KM
* Persimpangan Bertingkat Telemong ke Persimpangan Bertingkat Kuala Terengganu sepanjang 9.2 KM.
PERCUMA
Lebuh Raya Latar (Percuma tanpa tol sehingga 31 Ogos 2011)
Lebuh Raya LDP (Percuma : Hari Kemerdekaan bermula 12 tgh mlm - 11.59 tgh hari )
DISKAUN (5% – 37.5%)
Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), Lebuh Raya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE), Lebuh Raya Seremban-Port Dickson (SPDH), Lebuh Raya Laluan Kedua Malaysia-Singapura(Linkedua), Lebuh Raya Kulim-Butterworth (KLBK), Lebuh Raya Damansara Puchong (LDP), Lebuh Raya Sistem Penyuaraian, Trafik KL-Barat (SPRINT), Lebuh Raya KL-Karak (KLK), Lebuh Raya Pantai Timur, Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuh Raya Koridor Guthrie (GUTHRIE), Lebuh Raya Kemuning Shah Alam (LKSA), Lebuh Raya Sungai Besi (BESRAYA), Lebuh Raya Baru Pantai (NPE), Lebuh Raya Kajang-Seremban (LEKAS), Lebuh Raya Shah Alam (KESAS), Lebuh Raya Duta Ulu Kelang (DUKE), Lebuh Raya Cheras Kajang (Grand Saga), Lebuh Raya Smart, Lebuh Raya Pintas Selat Klang Utara Baru (NNKSB), Lebuh Raya KL-Putrajaya (KLP), Lebuh Raya Lingkaran Kajang (SILK) dan Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE)
AMARAN
Kenderaan berat dilarang sama sekali menggunakan laluan lebuh raya di seluruh negara pada :- 27 dan 28 Ogos
- 3 dan 4 Sept ini*lori balak, lori pengangkut bahan binaan seperti simen, besi, keluli, batu pasir dan tanah serta lori pembancuh simen dan jentera berat termasuk kren.

Tips-tips Sebelum Pulang Bercuti
Berikut adalah antara tips-tips untuk mencegah kes pecah rumah berlaku:
BAGAIMANA JENAYAH PECAH RUMAH DILAKUKAN?
1.Mengumpil mangga pintu/grill dengan pemutar skru atau objek tajam.
2.Mengeluarkan cermin tingkap dengan ‘jack’ atau besi.
3.Memotong mangga pintu dengan alat pemotong/gergaji besi.
4.Mengalih genting bumbung/memecahkan siling rumah.
5.Memasuki melalui pintu/tingkap yang terbuka/tidak berkunci atau memancing/mengait melalui tingkap terbuka atau terdedah.
6.Menggunakan kunci pendua/master key.
7. Menggunakan tong gas untuk me mecahkan pintu grill/pintu-pintu/tingkap.
LANGKAH PENCEGAHAN:
1. Memasang alat keselamatan pada pintu utama seperti lubang intai, rantai pintu serta menggunakan mangga tambahan dan selak keselamatan.
2. Sentiasa memasang/nyalakan lampu bila anda keluar dari rumah untuk memberi gambaran ada orang di dalam rumah anda.
3. Jangan tinggalkan sebarang nota yang boleh membantu pemecah rumah bertindak.
4. Minta bantuan dari jiran-jiran untuk mengawasi rumah anda semasa ketiadaan anda di rumah.
5. Pastikan pintu, tingkap dan pintu pagar berkunci sebelum meninggalkan rumah atau tidur.
6. Pasangkan sistem penggera keselamatan yang baik untuk rumah/premis perniagaan.
7. Jangan sembunyikan kunci di bawah alas kaki, di dalam pasu bunga atau di atas kotak meter electrik di luar rumah anda.
8. Simpan wang tunai di bank dan barang kemas anda di dalam peti simpanan keselamatan di bank.
9. Gantikan semua kunci apabila kunci rumah anda hilang atau dicuri.
10. Laporkan ke Balai Polis berdekatan atau pengawal keselamatan bertugas sebelum pergi bercuti atau meninggalkan rumah untuk tempoh lebih dari satu hari.
Kalau ada tips-tips lain sila komen. Bersama-sama ini juga disertakan langkah2 keselamatan semasa musim perayaan yang telah dikeluarkan oleh pihak polis.
Wednesday, August 10, 2011
Penubuhan Semula Kawalan Keselamatan
Ingin dimaklumkan pihak Persatuan sedang dalam usaha menubuhkan semula kawalan keselamatan memandangkan cuti umum yang semakin hampir. Pihak persatuan akan mengadakan rondaan untuk pernyertaan pada hujung minggu 13 & 14 Ogos ini. Di harap penduduk semua dapat memberi kerjasama. Surat berkenaan perkara tersebut telah diedarkan kepada semua rumah.
Tuesday, August 9, 2011
Monday, August 1, 2011
Selamat Menyambut Ramadhan Dan Berpuasa
Subscribe to:
Posts (Atom)