Thursday, December 24, 2009

Jadual Pengurusan Sisa Pepejal


Untuk makluman semua satu notis telah didirikan di padang pemainan berhadapan dengan bangunan TNB memaklumkan jadual pengurusan sisa pepejal bagi kawasan Kota Damansara, Seksyen 8. Secara amnya, kutipan sisa domestik adalah pada hari Isnin, Rabu & Jumaat, untuk maklumat tersebut sila lihat notis yang telah didirikan. Untuk hubungi alam flora; bebas tol 1-800-880-880, email feedback@alamflora.com.my atau sms ALAM< Jarak >Pesanan>hantar ke 33310.

Wednesday, November 25, 2009

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha kepada semua penduduk perumahan Sonia. Bagi yang bercuti atau pulang ke kampung halaman sempena cuti persekolahan ini, berhati-hati di jalan raya, pastikan rumah dikunci dan sila maklumkan pada jiran tetangga.

Friday, November 13, 2009

Panggilan Haji

Untuk makluman semua pengerusi kita, Tuan Haji Azhari telah berangkat untuk menunaikan fardhu haji pada hari Jumaat pagi, 6.11.09 lepas. Manakala, En. Yusoff dari Jalan Pekaka 8/10 pula telah berangkat pada hari Ahad malam, 8.11.09. Di harap mereka dapat menunaikan haji yang mabrur. Sekiranya ada bakal2 haji yang telah pergi atau akan pergi, kami doakan yang terbaik untuk semua. Semoga selamat pergi dan selamat pulang.

Monday, October 19, 2009

Kawalan Jalan Keluar/Masuk (Boom Gate)

Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, jadual jalan keluar/masuk ke kawasan perumahan penduduk Sonia adalah seperti berikut:
(i) Jalan Pekaka 8/9 - behampiran taman permainan ditutup;
(ii) Jalan Pekaka 8/10 - ditutup dari 11:00 malam hingga 6:00 pagi; dan
(iii) Jalan Pekaka 8/12 - dikawal dari 11:00 malam hingga 7:00 pagi.
Kawalan ini adalah untuk meningkatkan lagi isu-isu keselamatan bagi kawasan kejiranan kita.

Monday, October 12, 2009

Majlis Jamuan Hari Raya Aidil Fitri 2009 'Pot Luck'

Satu majlis jamuan Hari Raya Aidil Fitri 2009 akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 17 Oktober 2009, Sabtu
Masa : 4:00 ptg hingga 6:30 ptg
Tempat : Padang Permainan

Seluruh penduduk dijemput hadir. Makanan utama akan disediakan oleh persatuan penduduk dan para jemputan digalakkan membawa makanan tambahan (Pot Luck) serta kuih-kiuh raya untuk memeriahkan lagi majlis tersebut. Segala kerjasama adalah amat dihargai.

Thursday, September 17, 2009

Submission to MBPJ


Just to inform that our application to MBPJ for the construction of the 3 nos. boom gate and a guard post was submitted to MBPJ earlier today. The letter was directed to MBPJ Engineering Department, Traffic Unit.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI


Pihak AJK Protem Persatuan ingin mengucapkan selamat menyambut Aidilfitri. Maafkan segala kesalahan yang kami pernah lakukan secara sedar atau tidak. Bagi yang memandu berhati-hati dijalanraya. Semoga selamat sampai kepada insan yang tersayang. Pastikan rumah telah dikunci dengan rapi sebelum pulang ke kampung halaman atau bercuti. Selamat bercuti.

Wednesday, September 9, 2009

Night ride 080909

Ramadhan night ride around Kota Damansara by sonia mtb riders
click link ini : Night Ride 080909

Monday, September 7, 2009

Pembinaan 'Boom Gate' dan pondok pengawal

Pihak persatuan ingin mengumpul dana bagi tujuan pembinaan 3 buah 'boom gate' dan sebuah pondok pengawal bagi tujuan meningkatkan kawalan keselamatan di kawasan kejiranan kita.Sehubungan dengan itu, pihak persatuan ingin meminta sumbangan sebanyak RM50/rumah. Ini adalah berdasarkan anggaran kos pembinaan bagi kerja-kerja diatas sebanyak RM3,400.00. Sumbangan yang lebih adalah amat digalakkan.

Resit rasmi akan dikeluarkan oleh bendahari persatuan.

Aktiviti Pendaftaran Ahli Persatuan



Pada 6/9/09 bermula pada pukul 10.00 pagi hingga 12.45 petang, AJK persatuan telah menjalankan aktiviti pendaftaran ahli persatuan dengan menziarah dari rumah ke rumah. Kepada tuan/puan yang tiada dirumah sila dapatkan borang secara online. Untuk penjelasan lebih lanjut sila hubungi mana-mana AJK Persatuan.

Pendaftaran dan Borang Keahlian

Berdasarkan Fasal 5, Undang-undangTubuh Persatuan proses pendaftaran keahlian boleh dilaksanakan sebelum Mesyuarat Agong Kali pertama diadakan. Bersama ini disertakan Borang Keahlian untuk diisi oleh mereka yang layak untuk menjadi ahli. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada mana-mana AJK Protem untuk diproses bersama dengan bayaran keahlian sebanyak RM50/rumah dan juga bayaran untuk bulan September 2009 sebanyak RM5/rumah berdasarkan Fasal 6 undang-undang.
Borang Keahlian PPPS

Senarai AJK Protem

AJK Pro Tem
Yang DiPertua
En. Azhari Md Ali______________ No. 16, Jln Pekaka 8/11 (012-2337252)
Naib Yang DiPertua
En. Zainudin Ismail_____________ No. 1, Jln Pekaka 8/11 (012-3202029)
Setiausaha
En. Hanaz Ismadi Mohd Nazri____No. 4, Jln Pekaka 8/9A (012-2353384)
Penolong Setiausaha
En. Narulhizam Md Tahir_________No. 20, Jln Pekaka 8/11 (016-2025274)
Bendahari
En. Mohd Fadzli Abdul Rahman___No. 23, Jln Pekaka 8/14 (012-2831334)
Penolong Bendahari
En. Kamal Azlin Mansor__________No. 14, Jln Pekaka 8/11 (019-3850444)
AJK
En. Zulkifli Mohamed__________No. 26, Jln Pekaka 8/11 (019-2197003)
En. Ery Zuwardi Anuar _________No. 17, Jln Pekaka 8/13A (013-3351985)
En. Adnan Husein _____________No. 12, Jln Pekaka 8/11 (013-3636160)
En. Shahnaz Saiful Mulok_______No. 9, Jln Pekaka 8/14 (016-3234727)
En. Azizi Samsuri_____________No. 25, Jln Pekaka 8/13A (019-3812422)

Wednesday, September 2, 2009

Undang-undang persatuan yang telah diluluskan

Bersama-sama ini juga disertakan undang-undang persatuan seperti yang diluluskan oleh pihak jabatan pendaftaran.Undang-Undang Persatuan Penduduk Perumahan Sonia

Kelulusan Pendaftaran Persatuan Penduduk



Ingin dimaklumkan bahawa persatuan punduduk kita telah diluluskan oleh pihak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri Selangor melalui surat ruj. PPP/SEL0151/09 bertarikh 29 Julai 2009. Di sini adalah surat berkenaan dan sijil pendaftaran persatuan.

Saturday, July 25, 2009

FRIM Ride 18 July 2009


Some of the pics taken from FRIM ride on 18.7.2009

Monday, June 22, 2009

Activiti bersukan Sonia Sek 8.

Hi All,
Enjoyable leisure ride at Elmina Estate. About 27km offroad ride on 20/06 @7.30am
Follow link for the photo
http://sonia-sek8.fotopages.com/?entry=1883762
http://connect.garmin.com/activity/7322939

Saturday, May 9, 2009

Kota Dsara Community Forest Trail



For those who are interested to go for jungle tracking or MTB, this trail is very adventuring...


Very safe for family walking together, clean trail - no obstruction.

Only 2.75 km one loop...around 45mins walking.. Normally people start at 8am on weekends...

Free entrance-infront of SM Sek10 KD..parking is free!!!

Have fun!!! and don't forget to take care of our forest...bersyukurlah kita masih ada hutan di sekeliling....alhamdulillah!!


Route 04/05/2009


Thursday, May 7, 2009

Bikers@Sonia Sek8


Bikers club Sonia Sek8, congratulation guys for buying new bike! (carbon frame beb!!)
We will ride twice a week - Tuesday and Thursday (9.30pm to 10.30pm) about 10 to 15km ride.
Bloggers would like to join, be puntual at our pondok community.
A good start for our sports activity. Thanks to En Zainuddin (Timb Pengerusi), En Ery, En Azizi, En Zul and En Adnan atas kerjasama anda menjayakan program ini...

ps: bikers ER6 nak join pun dialu-alukan...

Monday, April 6, 2009

Dah remove follower tu.

Iezam

Sunday, February 22, 2009

Sonia Sek 8 just started blogging

Salam all and selamat sejahtera,

Great news, we have started our first new blog. This will be our point of communication among us and really hope it will be the most clicked by all Sonia Sek 8 residential. So here it goes..... HAPPY BLOGGING to all Sonias Family :)

jiemusa..... wife of Hiezam