Thursday, December 23, 2010

Kejadian terkini

SILA AMBIL PERHATIAN!! Ingin dimaklumkan satu lagi kejadian pecah rumah telah berlaku sekitar jam 2 petang pada hari Isnin, 20.12.10 di Jalan Pekaka 8/11. Pihak persatuan berharap jiran2 lebih berwaspada dan perihatin terhadap kejadian-kejadian seperti ini. Sekiranya terdapat orang-orang yang tidak dikenali atau mencurigakan sila laporkan kepada pihak polis seperti di blog sebelum ini.

Wednesday, December 8, 2010

Aktiviti-Aktiviti


Pihak persatuan ingin memaklumkan antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan dan boleh disertai oleh semua pihak:
1. Berbasikal - hari Selasa malam (9.15mlm-11.00mlm);
2. Badminton - hari Khamis malam (9.30mlm-11.30mlm); dan
3. Klinik Bolasepak - pagi Sabtu/Ahad.
Sekiranya ingin menyertai aktiviti-aktiviti ini atau ada cadangan untuk mengadakan aktiviti-aktiviti lain sila hubungi mana-mana AJK persatuan.

Tuesday, October 12, 2010

No. Telefon Pihak Polis

Sebagai makluman/peringatan kepada semua di bawah adalah no. telefon pihak polis kawasan Kota Damansara untuk dihubungi pada waktu kecemasan:
Chief Inspector Khairul : 019-6444402
SM Latif : 019-6444776
Kopral Saufi : 013-6145635
Balai Polis Kota D'sara : 03-61421222
IPD Gerakan PJ : 03-79662222
Sila catat dan maklumkan kepada semua ahli di rumah termasuk pembantu rumah terutamanya no. telefon balai polis Kota Damansara. Sekiranay terdapat kejadian yang mencurigakan sila telefon nombor-nombor yang tertera.

Monday, October 11, 2010

Lagi Kejadian Pecah Rumah

SILA AMBIL PERHATIAN!! Ingin dimaklumkan satu kejadian pecah rumah telah berlaku sekitar jam 1 petang pada hari Jumaat, 8.10.10 di rumah no. 5 Jalan Pekaka 8/14. Suspek menaiki proton wira warna kuning bernombor plet WEQ 3326. Pihak persatuan berharap jiran2 lebih berwaspada dan perihatin terhadap kejadian-kejadian seperti ini. Sekiranya terdapat orang-orang yang tidak dikenali atau mencurigakan sila laporkan kepada pihak polis.

Thursday, October 7, 2010

Senarai AJK Persatuan Penduduk Perumahan Sonia, Seksyen 8, Kota Damansara

Lanjutan daripada Mesyuarat Agong Tahunan yang telah diadakan pada 26 September 2010 lalu, di bawah adalan senarai nama-nama AJK:
Yang DiPertua
En. Mahamad Apandi Khalib___No. 16, Jln Pekaka 8/9A (019-3144177)
Naib Yang DiPertua
En. Zainudin Ismail____________No. 1, Jln Pekaka 8/11 (012-3202029)
Setiausaha
En. Hanaz Ismadi Mohd Nazri__No. 4, Jln Pekaka 8/9A (012-2353384)
Penolong Setiausaha
En. Narulhizam Md Tahir_______No. 20, Jln Pekaka 8/11 (016-2025274)
Bendahari
En. Mohd Fadzli Abdul Rahman_No. 23, Jln Pekaka 8/14 (012-2831334)
AJK
En. Azizi Samsuri______________No. 25, Jln Pekaka 8/13A (019-3812422)
En. Ery Zuwardi Anuar _________No. 17, Jln Pekaka 8/13A (013-3351985)
En. Norhazizan Rasol __________No. 29, Jln Pekaka 8/14 (016-9006752)
En. Chong Yew Kong___________No. 2, Jln Pekaka 8/11 (019-2282260)
Pn. Tay Mei Fong_______________No. 5, Jln Pekaka 8/11 (012-6170799)
Dr. Nur Suffia Sulaiman_________No. 11, Jln Pekaka 8/11 (012-3353234)
Pemeriksa Kira-kira
En. Muhammad Husein_________No. 9, Jln Pekaka 8/10 (013-3321611)
En. Ahmad Zamzuri Samad_____No. 43, Jln Pekaka 8/14 (012-3727972)

Friday, September 24, 2010

Kejadian samun terbaru

SILA AMBIL PERHATIAN!! Ingin dimaklumkan satu kejadian samun telah berlaku awal hari ini di sekitar jam 2 petang di hadapan rumah di Jalan Pekaka 8/14. Suspek menaiki motorsikal, seorang berhelmet dan seorang lagi tidak dengan bersenjatakan parang. Pihak persatuan berharap jiran2 lebih berwaspada dan perihatin terhadap kejadian-kejadian seperti ini. Sekiranya terdapat orang-orang yang tidak dikenali atau mencurigakan sila laporkan kepada pihak polis.

Wednesday, September 22, 2010

Isu Jalan Awam




Bersama-sama ini adalah notis daripada MBPJ berkenaan isu di atas dan surat pihak persatuan mengenainya.

Tuesday, September 7, 2010

NOTIS PENUTUPAN SEMENTARA JALAN PEKAKA 8/10


Ingin dimaklumkan sempena cuti perayaan Hari Raya Aidil Fitri 2010 yang akan datang 'boom gate' di Jalan Pekaka 8/10 akan ditutup sementara bagi tujuan keselamatan. Penutupan tersebut akan bermula dari hari Jumaat, 10 September 2010 sehingga hari Isnin, 13 September 2010. Ianya akan dibuka semula pada hari Selasa, 14 September 2010 selepas jam 6.00 pagi. Bagi jiran-jiran yang tidak pulang bercuti di harap dapat tolong tengok-tengokkan rumah-rumah jiran yang lain. Di harap semua penduduk dapat memberi kerjasama berkenaan perkara ini.

Monday, September 6, 2010

Majlis Sambutan Hari Raya & AGM


Kepada semua penduduk ingin dimalkumkan acara di atas akan dijalankan seperti berikut:

Tarikh : 26 September 2010 (Ahad) bersamaan 17 Syawal 1431
Tempat : Taman Permainan
Masa : 3:00 petang

Pihak Persatuan akan mengeluarkan notis kepada semua penduduk mengenai perkara diatas. Di harap semua penduduk dapat hadir untuk memeriahkan acara tersebut.

Selamat Hari Raya 2010


Pihak AJK ingin mengucapkan Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin kepada semua penduduk....

berhati-hati di jalan raya ketika pulang bercuti....

pastikan rumah dikunci.......

Tuesday, August 24, 2010

Gotong-royong mengecat & repair lampu taman



Pada 21.8.10 dan 22.8.10 satu gotong-royong telah diadakan untuk memperbaiki lampu taman yang telah rosak akibat ribut pada bulan Jun lalu. Setelah beberapa aduan diajukan kepada pihak MBPJ, tiada sebarang tindakan telah di ambil. Sukarelawan Sonia telah berkerjasama memperbaikinya serta mengecat pos kawalan dan wakaf di taman permainan. Antara gambar yang ada....

Friday, August 20, 2010

Jadual Waktu Berbuka Puasa


Ini adalah jadual berbuka puasa dan imsak bagi Daerah Petaling Jaya untuk rujukan semua.

Friday, August 6, 2010

Status Kawalan Keselamatan


Untuk Makluman semua penduduk, pihak sekuriti; Sri Lara Joint Security Services Sdn. Bhd.(Homeguards) telah mengemukakan surat berkenaan perkhidmatan mereka. Bersama-sama ini adlah surat berkenaan. Pihak persatuan telah berbincang dengan Homeguards dan mereka bersetuju untuk melanjutkan perkhidmatan seperti sedia ada hanya sehingga 31 Ogos 2010. Penjelasan lanjut akan pihak persatuan edarkan kepada semua penduduk. Di harap semua pihak dapat memberi kerjasama untuk meneruskan perkhidmatan sekuriti ini memandangkan kes-kes kecurian kian meruncing.

Wednesday, August 4, 2010

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN


Pihak persatuan ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan 1431 yang mulia yang akan bermula pada minggu hadapan kepada semua warga Sonia yang beragama islam. Semoga Ramadhan ini lebih bermakna. Mari sertai program mengimarahkan surau kita. Gotong-royong Surau Ad-Dhuha akan diadakan pada hari Ahad, 8.8.10 mulai jam 8:00 pagi.

Mesyuarat ad-hoc AJK Persatuan

Ingin dimaklumkan semua AJK di minta menghadiri mesyuarat ad-hoc persatuan pada hari ini seperti berikut:
Tarikh : Rabu, 4 Ogos 2010
Waktu : 9:30 malam
Lokasi : 25, Jalan Pekaka 8/13A
Kehadiran semua pihak adalah diwajibkan.

Thursday, June 17, 2010

Laporan ribut di TV3

Lagi laporan mengenai kejadian ribut tempoh hari. Laporan ini dipetik daripada buliten utama TV3 pada 14.6.10. Kualiti AV kurang memuaskan.

Tuesday, June 15, 2010

Sumbangan ikhlas untuk pos kawalan dan lampu taman



Sila salurkan sumbangan anda untuk pos kawalan dan lampu taman yang telah musnah oleh ribut pada 13.6.10 tempoh hari kepada bendahari persatuan, Encik Fadzli. Juga dialu-alukan sumbangan daripada pihak korporat. Sumbangan anda amat dihargai. Sekian Terima Kasih.

Kerja-kerja pembersihan




Antara gambar-gambar pembersihan oleh kontraktor PKNS/MBPJ pagi tadi...

Monday, June 14, 2010

Lagi gambar-gambar ribut di Sonia




Lagi gambar-gambar ribut di Sonia, sehari selepas ribut.

Ribut di Sonia 13.6.2010






Pada petang 13.6.2010 ribut telah melanda kawasan perumahan kita. Antara gambar-gambar di ambil pada keesokkan harinya. Gotong-royong telah dijalankan untuk memberi laluan kenderaan untuk penduduk.

Tuesday, May 25, 2010

Bantahan Kerja-kerja Pembentungan


Surat bantahan ini telah dikemukakan kepada pihak perunding projek sekolah menengah bersebelahan dengan kawasan perumahan kita. Pada mulanya, sistem pembentungan akan disambung kepada sistem pembentungan sedia ada di lorong belakang antara rumah. Setelah bantahan dikemukakan, laluan ini telah dipinda dan sistem pembentungan sekolah akan dihubungkan ke Jalan Pekaka 8/1 melalui sisi Jalan Pekaka 8/9.

Monday, May 3, 2010

Perbincangan utk Mesyuarat Agong

Satu mesyuarat akan diadakan seperti berikut:
Tarikh: 7 Mei 2010 (Jumaat)
Masa : 9:00 malam
Tempat : Pondok Taman Permainan

Agenda:
1. Mesyuarat Agong Tahunan
2. Notis kepada ahli
3. Akaun persatuan
4. Perkara berbangkit.

Semua AJK diminta hadir untuk mesyuarat tersebut.

Monday, April 12, 2010

Mesyuarat AJK

Satu mesyuarat akan diadakan seperti berikut:
Tarikh: 18 April 2010 (Ahad)
Masa : 8:30 malam
Tempat : Pondok Taman Permainan

Agenda:
1. Aktiviti semasa
2. Mesyuarat Agong Tahunan
3. Kawalan Keselamatan
4. Perkara berbangkit.

Semua AJK diminta hadir untuk mesyuarat tersebut.

Friday, April 2, 2010

Status Keahlian Persatuan dan Sekuriti


Berikut adalah status keahlian Persatuan dan Sekuriti sehingga 15.3.10. Sekiranya terdapat sebarang kesalahan harap dimaklumkan. Sila maklumkan kepada jiran-jiran yang masih belum menyertai mana-mana keahlian. Kerjasama daripada semua pihak amatlah dihargai. Sila hubungi mana-mana AJK untuk sebarang pertanyaan.

Thursday, April 1, 2010

Mega Earth Day 2010


Ingin dimaklumkan sempena sambutan "40th World Earth Day" pada bulan April 2010, satu acara sambutan akan diadakan pada 24 dan 25 April 2010 ini di KDCF (Kota Damansara Community Forest). Untuk Keterangan lanjut mengenai acara ini sila rujuk link di bawah.
  • click sini
  • Monday, March 22, 2010

    Gotong-royong Jalan Pekaka 8/9A





    Satu acara gotong-royong telah dijalankan pada Sabtu, 20.3.10 lalu di Jalan Pekaka 8/9A untuk mengemas pokok-pokok yang mengadap Persiaran Mahagoni bagi memberi laluan untuk pembinaan pagar keselamatan. Berikut adalah beberapa gambar tempoh hari. Sambutan acara tersebut adalah amat menggalakkan.

    Thursday, March 11, 2010

    Pasukan Berkuda Polis




    Gambar ini dirakamkan oleh penduduk-penduduk semasa kawalan berkuda polis berada di kawasan kejiranan kita pada hari Selasa lalu, 9 Mac 2010 sekitar 10.30 pg. Pihak polis juga selalu berada di pondok kawalan pada sebelah malam memberi sokongan. Terima kasih diucapkan kepada pihak polis.

    Monday, March 8, 2010

    Jadual Kejiranan April 2010



    Besama ini disertakan contoh jadual kawalan kejiranan untuk April 2010 untuk rujukan semua. Sila maklumkan pada "shout box" di sebelah kiri untuk saya kemaskini jadual tersebut. Untuk jadual Mac 2010 sila singgah di pondok kawalan setiap malam dr 8pm hingga 11pm. Masih terdapat hari-hari yang tiada wakil. Terima kasih kepada semua yang telah memberi kerjasama menjayakan kawalan kejiranan sehingga hari ini.

    Keahlian Persatuan

    Ingin dimaklumkan pihak persatuan telah mengemukakan permohonan untuk membuka akaun persatuan di Maybank cawangan Kota Damansara pada hari Jumaat, 5 Mac 2010 lalu. Pihak persatuan akan memaklumkan status permohonan dari masa ke semasa. Bersama ini juga, pihak persatuan ingin memaklumkan masih ramai lagi penduduk perumahan Sonia yang masih belum menjadi ahli persatuan. Di harap semua pihak dapat memberi kerjasama. Disertakan borang keahlian untuk rujukan semua. Sila kembalikan borang yag telah lengkap berserta wang kepada mana-mana AJK. "Kesejahteraan dan Keharmonian Kejiranan adalah tanggungjawab semua".

    Wednesday, March 3, 2010

    Majlis Bersama Rakyat 2


    Ramai yang telah hadir untuk menjayakan majlis tersebut. YB Dato Sri juga berkesempatan berbincang dengan Tuan Hj Ghozali sekeluarga. Antara liputan yang telah disiarkan oleh media adalah seperti berikut:
  • click sini
  • sini
  • dan
  • di sini.
  • Majlis Bersama Rakyat



    Hari Selasa, 2.3.2010, 2:30 ptg, Majlis Program Pemantapan Petugas Menangani Jenayah telah diadakan di Dewan Komuniti Seksyen 7 yang dirasmikan oleh YB Dato Sri Hishamiddin. Pihak Persatuan telah mengajukan surat untuk sokongan terhadap beberapa usul. Beliau telah menandatangani dan memberi sokongan untuk usul-usul tersebut.

    Monday, March 1, 2010

    Sessi bersama Menteri Dalam Negeri


    Ingin dimaklumkan satu sessi bersama Menteri Dalam Negeri, Datuk Sri Hishammudin akan diadakan pada hari Selasa, 2.3.2010, pukul *2:00 petang atas lawatan beliau ke rumah Tuan Hj Ghozali dan Puan Ratnawati. AJK persatuan diwajibkan hadir dan penduduk Sonia dialu-alukan hadir untuk memeriahkan majlis.

    *Untuk makluman waktu lawatan adalah benar sehingga 3:00ptg, 1.3.10.

    Kawalan Kejiranan

    Ingin dimaklumkan kawalan kejiranan daripada waktu 8:00mlm sehingga 11:00mlm telah dimulakan pada 25.2.2010. Pos kawalan masuk ke kawasan perumahan adalah di Jalan Pekaka 8/12 bersebelahan dengan taman prmainan. Seperti yang dimaklumkan, Jalan Pekaka 8/10 akan ditutup setiap hari mulai 7:00mlm. Di harap semua pihak dapat tampil secara sukarela untuk menjayakan program ini. Jadual waktu bagi bulan Mac 2010 masih lagi perlu dilengkapkan. Jadual ini dapat disemak di pos kawalan tersebut sewaktu kawalan dijalankan. Segala pertolongan dan kerjasama amatlah dialu-alukan.

    Saturday, February 27, 2010

    Press Conference OCPD Petaling Jaya

    Satu 'Press Conference' Polis telah diakadan di pondok taman permainan pada hari Jumaat, 26.2.2010, pukul 10.30 pagi lalu. Ianya adalah lanjutan daripada peningkatan kepada kes-kes jenayah yang berlaku pada bulan Februari 2010. Walaupun program tersebut diadakan secara tergempar, ramai yang telah hadir untuk memberi sokongan. OCPD Petaling Jaya, Asst. Comm. Arjunaidi Mohamed telah hadir bersama-sama pasukannya termasuk S.M. Latif daripada Balai Polis Kota Damansara. Sila rujuk link di bawah.
  • click sini
  • dan
  • di sini.
  • Thursday, February 25, 2010

    Jadual waktu baru penutupan 'Boom Gate' di Jalan Pekaka 8/10

    Dengan meningkatnya kes-kes jenayah di kawasan kejiranan kita pihak persatuan telah bersetuju untuk mengubah jadual waktu jalan keluar/masuk ke kawasan perumahan penduduk Sonia di Jalan Pekaka 8/10, ianya akan di tutup dari 7:00 malam hingga 6:00 pagi. Kawalan ini adalah untuk meningkatkan lagi isu-isu keselamatan bagi kawasan kejiranan kita. Sila hubungi mana-mana AJK Protem untuk sebarang pertanyaan. Segala kerjasama dan perhatian Tuan/Puan adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

    Kejadian samun di Sonia

    Ingin dimaklumkan terdapat beberapa kejadian jenayah telah berlaku di kawasan kejiranan kita sejak kebelakangan ini. Antara yang terbaru adalah kepada Tuan Hj Ghozali yang tinggal di Jalan Pekaka 8/9A pada 24.2.10 sekitar 8.45 malam. Sila rujuk di link berikut untuk berita di akhbar.
  • click sini
  • sini
  • dan
  • di sini.
  • Selain itu, pada 11.2.10 lalu kejadian samun juga telah berlaku kepada penghuni di Jalan Pekaka 8/11, juga sekitar jam 9.00 malam. 'Modus operandi' kes-kes tersebut adalah hampir sama iaitu dengan mengikut penghuni pulang ke rumah. Di harap penduduk dapat mengambil langkah berjaga-jaga dengan peningkatan kes-kes jenayah ini. Untuk makluman no. telefon Balai Polis Kota Damansara yang terletak di Dataran Sunway adalah 03-61421222. Sila hubungi no tersebut untuk sebarang kes kecemasan atau mencurigakan. Pastikan segala kes-kes yang belaku dilaporkan kepada pihak polis.

    Tuesday, February 16, 2010

    Gong Xi Fa Coi


    Diucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua penduduk yang menyambut perayaan ini. Pastikan rumah dikunci bila pulang ke kampung. Berhati-hati ketika memandu pulang.

    Tuesday, January 5, 2010

    Selamat Tahun Baru 2010



    Ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua komuniti Penduduk Sonia.