Friday, September 24, 2010

Kejadian samun terbaru

SILA AMBIL PERHATIAN!! Ingin dimaklumkan satu kejadian samun telah berlaku awal hari ini di sekitar jam 2 petang di hadapan rumah di Jalan Pekaka 8/14. Suspek menaiki motorsikal, seorang berhelmet dan seorang lagi tidak dengan bersenjatakan parang. Pihak persatuan berharap jiran2 lebih berwaspada dan perihatin terhadap kejadian-kejadian seperti ini. Sekiranya terdapat orang-orang yang tidak dikenali atau mencurigakan sila laporkan kepada pihak polis.

Wednesday, September 22, 2010

Isu Jalan Awam




Bersama-sama ini adalah notis daripada MBPJ berkenaan isu di atas dan surat pihak persatuan mengenainya.

Tuesday, September 7, 2010

NOTIS PENUTUPAN SEMENTARA JALAN PEKAKA 8/10


Ingin dimaklumkan sempena cuti perayaan Hari Raya Aidil Fitri 2010 yang akan datang 'boom gate' di Jalan Pekaka 8/10 akan ditutup sementara bagi tujuan keselamatan. Penutupan tersebut akan bermula dari hari Jumaat, 10 September 2010 sehingga hari Isnin, 13 September 2010. Ianya akan dibuka semula pada hari Selasa, 14 September 2010 selepas jam 6.00 pagi. Bagi jiran-jiran yang tidak pulang bercuti di harap dapat tolong tengok-tengokkan rumah-rumah jiran yang lain. Di harap semua penduduk dapat memberi kerjasama berkenaan perkara ini.

Monday, September 6, 2010

Majlis Sambutan Hari Raya & AGM


Kepada semua penduduk ingin dimalkumkan acara di atas akan dijalankan seperti berikut:

Tarikh : 26 September 2010 (Ahad) bersamaan 17 Syawal 1431
Tempat : Taman Permainan
Masa : 3:00 petang

Pihak Persatuan akan mengeluarkan notis kepada semua penduduk mengenai perkara diatas. Di harap semua penduduk dapat hadir untuk memeriahkan acara tersebut.

Selamat Hari Raya 2010


Pihak AJK ingin mengucapkan Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin kepada semua penduduk....

berhati-hati di jalan raya ketika pulang bercuti....

pastikan rumah dikunci.......