Thursday, December 23, 2010

Kejadian terkini

SILA AMBIL PERHATIAN!! Ingin dimaklumkan satu lagi kejadian pecah rumah telah berlaku sekitar jam 2 petang pada hari Isnin, 20.12.10 di Jalan Pekaka 8/11. Pihak persatuan berharap jiran2 lebih berwaspada dan perihatin terhadap kejadian-kejadian seperti ini. Sekiranya terdapat orang-orang yang tidak dikenali atau mencurigakan sila laporkan kepada pihak polis seperti di blog sebelum ini.

Wednesday, December 8, 2010

Aktiviti-Aktiviti


Pihak persatuan ingin memaklumkan antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan dan boleh disertai oleh semua pihak:
1. Berbasikal - hari Selasa malam (9.15mlm-11.00mlm);
2. Badminton - hari Khamis malam (9.30mlm-11.30mlm); dan
3. Klinik Bolasepak - pagi Sabtu/Ahad.
Sekiranya ingin menyertai aktiviti-aktiviti ini atau ada cadangan untuk mengadakan aktiviti-aktiviti lain sila hubungi mana-mana AJK persatuan.