Saturday, February 27, 2010

Press Conference OCPD Petaling Jaya

Satu 'Press Conference' Polis telah diakadan di pondok taman permainan pada hari Jumaat, 26.2.2010, pukul 10.30 pagi lalu. Ianya adalah lanjutan daripada peningkatan kepada kes-kes jenayah yang berlaku pada bulan Februari 2010. Walaupun program tersebut diadakan secara tergempar, ramai yang telah hadir untuk memberi sokongan. OCPD Petaling Jaya, Asst. Comm. Arjunaidi Mohamed telah hadir bersama-sama pasukannya termasuk S.M. Latif daripada Balai Polis Kota Damansara. Sila rujuk link di bawah.
  • click sini
  • dan
  • di sini.
  • Thursday, February 25, 2010

    Jadual waktu baru penutupan 'Boom Gate' di Jalan Pekaka 8/10

    Dengan meningkatnya kes-kes jenayah di kawasan kejiranan kita pihak persatuan telah bersetuju untuk mengubah jadual waktu jalan keluar/masuk ke kawasan perumahan penduduk Sonia di Jalan Pekaka 8/10, ianya akan di tutup dari 7:00 malam hingga 6:00 pagi. Kawalan ini adalah untuk meningkatkan lagi isu-isu keselamatan bagi kawasan kejiranan kita. Sila hubungi mana-mana AJK Protem untuk sebarang pertanyaan. Segala kerjasama dan perhatian Tuan/Puan adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

    Kejadian samun di Sonia

    Ingin dimaklumkan terdapat beberapa kejadian jenayah telah berlaku di kawasan kejiranan kita sejak kebelakangan ini. Antara yang terbaru adalah kepada Tuan Hj Ghozali yang tinggal di Jalan Pekaka 8/9A pada 24.2.10 sekitar 8.45 malam. Sila rujuk di link berikut untuk berita di akhbar.
  • click sini
  • sini
  • dan
  • di sini.
  • Selain itu, pada 11.2.10 lalu kejadian samun juga telah berlaku kepada penghuni di Jalan Pekaka 8/11, juga sekitar jam 9.00 malam. 'Modus operandi' kes-kes tersebut adalah hampir sama iaitu dengan mengikut penghuni pulang ke rumah. Di harap penduduk dapat mengambil langkah berjaga-jaga dengan peningkatan kes-kes jenayah ini. Untuk makluman no. telefon Balai Polis Kota Damansara yang terletak di Dataran Sunway adalah 03-61421222. Sila hubungi no tersebut untuk sebarang kes kecemasan atau mencurigakan. Pastikan segala kes-kes yang belaku dilaporkan kepada pihak polis.

    Tuesday, February 16, 2010

    Gong Xi Fa Coi


    Diucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua penduduk yang menyambut perayaan ini. Pastikan rumah dikunci bila pulang ke kampung. Berhati-hati ketika memandu pulang.