Monday, March 22, 2010

Gotong-royong Jalan Pekaka 8/9A





Satu acara gotong-royong telah dijalankan pada Sabtu, 20.3.10 lalu di Jalan Pekaka 8/9A untuk mengemas pokok-pokok yang mengadap Persiaran Mahagoni bagi memberi laluan untuk pembinaan pagar keselamatan. Berikut adalah beberapa gambar tempoh hari. Sambutan acara tersebut adalah amat menggalakkan.

Thursday, March 11, 2010

Pasukan Berkuda Polis




Gambar ini dirakamkan oleh penduduk-penduduk semasa kawalan berkuda polis berada di kawasan kejiranan kita pada hari Selasa lalu, 9 Mac 2010 sekitar 10.30 pg. Pihak polis juga selalu berada di pondok kawalan pada sebelah malam memberi sokongan. Terima kasih diucapkan kepada pihak polis.

Monday, March 8, 2010

Jadual Kejiranan April 2010



Besama ini disertakan contoh jadual kawalan kejiranan untuk April 2010 untuk rujukan semua. Sila maklumkan pada "shout box" di sebelah kiri untuk saya kemaskini jadual tersebut. Untuk jadual Mac 2010 sila singgah di pondok kawalan setiap malam dr 8pm hingga 11pm. Masih terdapat hari-hari yang tiada wakil. Terima kasih kepada semua yang telah memberi kerjasama menjayakan kawalan kejiranan sehingga hari ini.

Keahlian Persatuan

Ingin dimaklumkan pihak persatuan telah mengemukakan permohonan untuk membuka akaun persatuan di Maybank cawangan Kota Damansara pada hari Jumaat, 5 Mac 2010 lalu. Pihak persatuan akan memaklumkan status permohonan dari masa ke semasa. Bersama ini juga, pihak persatuan ingin memaklumkan masih ramai lagi penduduk perumahan Sonia yang masih belum menjadi ahli persatuan. Di harap semua pihak dapat memberi kerjasama. Disertakan borang keahlian untuk rujukan semua. Sila kembalikan borang yag telah lengkap berserta wang kepada mana-mana AJK. "Kesejahteraan dan Keharmonian Kejiranan adalah tanggungjawab semua".

Wednesday, March 3, 2010

Majlis Bersama Rakyat 2


Ramai yang telah hadir untuk menjayakan majlis tersebut. YB Dato Sri juga berkesempatan berbincang dengan Tuan Hj Ghozali sekeluarga. Antara liputan yang telah disiarkan oleh media adalah seperti berikut:
  • click sini
  • sini
  • dan
  • di sini.
  • Majlis Bersama Rakyat



    Hari Selasa, 2.3.2010, 2:30 ptg, Majlis Program Pemantapan Petugas Menangani Jenayah telah diadakan di Dewan Komuniti Seksyen 7 yang dirasmikan oleh YB Dato Sri Hishamiddin. Pihak Persatuan telah mengajukan surat untuk sokongan terhadap beberapa usul. Beliau telah menandatangani dan memberi sokongan untuk usul-usul tersebut.

    Monday, March 1, 2010

    Sessi bersama Menteri Dalam Negeri


    Ingin dimaklumkan satu sessi bersama Menteri Dalam Negeri, Datuk Sri Hishammudin akan diadakan pada hari Selasa, 2.3.2010, pukul *2:00 petang atas lawatan beliau ke rumah Tuan Hj Ghozali dan Puan Ratnawati. AJK persatuan diwajibkan hadir dan penduduk Sonia dialu-alukan hadir untuk memeriahkan majlis.

    *Untuk makluman waktu lawatan adalah benar sehingga 3:00ptg, 1.3.10.

    Kawalan Kejiranan

    Ingin dimaklumkan kawalan kejiranan daripada waktu 8:00mlm sehingga 11:00mlm telah dimulakan pada 25.2.2010. Pos kawalan masuk ke kawasan perumahan adalah di Jalan Pekaka 8/12 bersebelahan dengan taman prmainan. Seperti yang dimaklumkan, Jalan Pekaka 8/10 akan ditutup setiap hari mulai 7:00mlm. Di harap semua pihak dapat tampil secara sukarela untuk menjayakan program ini. Jadual waktu bagi bulan Mac 2010 masih lagi perlu dilengkapkan. Jadual ini dapat disemak di pos kawalan tersebut sewaktu kawalan dijalankan. Segala pertolongan dan kerjasama amatlah dialu-alukan.