Tuesday, August 24, 2010

Gotong-royong mengecat & repair lampu taman



Pada 21.8.10 dan 22.8.10 satu gotong-royong telah diadakan untuk memperbaiki lampu taman yang telah rosak akibat ribut pada bulan Jun lalu. Setelah beberapa aduan diajukan kepada pihak MBPJ, tiada sebarang tindakan telah di ambil. Sukarelawan Sonia telah berkerjasama memperbaikinya serta mengecat pos kawalan dan wakaf di taman permainan. Antara gambar yang ada....

Friday, August 20, 2010

Jadual Waktu Berbuka Puasa


Ini adalah jadual berbuka puasa dan imsak bagi Daerah Petaling Jaya untuk rujukan semua.

Friday, August 6, 2010

Status Kawalan Keselamatan


Untuk Makluman semua penduduk, pihak sekuriti; Sri Lara Joint Security Services Sdn. Bhd.(Homeguards) telah mengemukakan surat berkenaan perkhidmatan mereka. Bersama-sama ini adlah surat berkenaan. Pihak persatuan telah berbincang dengan Homeguards dan mereka bersetuju untuk melanjutkan perkhidmatan seperti sedia ada hanya sehingga 31 Ogos 2010. Penjelasan lanjut akan pihak persatuan edarkan kepada semua penduduk. Di harap semua pihak dapat memberi kerjasama untuk meneruskan perkhidmatan sekuriti ini memandangkan kes-kes kecurian kian meruncing.

Wednesday, August 4, 2010

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN


Pihak persatuan ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan 1431 yang mulia yang akan bermula pada minggu hadapan kepada semua warga Sonia yang beragama islam. Semoga Ramadhan ini lebih bermakna. Mari sertai program mengimarahkan surau kita. Gotong-royong Surau Ad-Dhuha akan diadakan pada hari Ahad, 8.8.10 mulai jam 8:00 pagi.

Mesyuarat ad-hoc AJK Persatuan

Ingin dimaklumkan semua AJK di minta menghadiri mesyuarat ad-hoc persatuan pada hari ini seperti berikut:
Tarikh : Rabu, 4 Ogos 2010
Waktu : 9:30 malam
Lokasi : 25, Jalan Pekaka 8/13A
Kehadiran semua pihak adalah diwajibkan.